Sunday, July 26, 2009

Bila Pentas Sastera

Bila Pentas Sastera

Disalah Ertikan Oleh Penonton,

Salah Siapa?

“Bila rumah diceroboh orang apakah kesannya dan apabila pentas sastera diceroboh orang apa kesannya”. Dalam soal ini wajarkah kata-kata sedemikian diajukan kepada kita untuk dijawab dalam diri masing-masing atau sekadar kita beranggapan sebagai kata-kata kosong belaka. Wajarkah pentas sastera kita di monopolikan oleh bukan golongan sastera sehinggakan pentas sastera disalah ertikan oleh penonton, salah satu diantaranya apabila selebriti diangkat dalam pentas sastera sehinggakan golongan sastera itu terpinggir, atau khalayak artis dianggap sebagai produk iklan bagi pihak penganjur untuk memeriahkan lagi majlis sastera ditaja pihak tertentu maka terdengarlah akan suara-suara sumbang menyatakan majlis sastera hanyalah sebagai majlis hiburan semata-mata.

Apakah dalam hal ini pihak penganjur amnya tidak terfikir bagaimanakah untuk menyatukan penghibur tanahair dengan khalayak sastera, umpamanya pihak penganjur membuat garis panduan kepada mereka golongan penghibur menghasilkan karya seni sahaja adalah diutamakan untuk terlibat dalam majlis sastera kerana golongan inilah secara langsung terlibat dalam menyumbangkan karya seni tanahair. Sekurang-kurangnya golongan penghibur dimaksudkan berpeluang mengenali lebih rapat lagi khalayak sastera mapan mahupun generasi baru dalam dunia penuh simbolik ini mereka bertukar pendapat dalam genere masing-masing.

Tetapi malang sekali apabila kita menyuarakan kepada pihak bertanggung jawab, mereka berpendapat bahawasanya kebanyakannya golongan sastera ini ada tersimpan rasa irihati dengan golongan artis yang daif tanpa mempunyai hasil karya untuk mereka mempersembahkan kepada khalayak. Kita dimana sedia maklum kehadiran khalayak penonton masakini memenuhi ruang sastera disebabkan pembabitan artis pujaan kesayangan mereka semata-mata. Oleh demikian pernahkah kita bertanya adakah golongan sastera melibatkan diri dimajlis berasaskan hiburan?

10 comments:

norsuzana said...

Apa yang awak cakap ni? Saya tak faham buah butirnya. Apa itu pentas sastera? Tolonglah buka minda dan demoktarik sikit. Kalau awak saja yang baca puisi di Istana Budaya tu, agak-agak berapa kerat yang nak tengok? Salahkah Siti Nurhaliza baca dan adakah puisi hanya mesti dibaca oleh orang seperti awak saja? Awak pun tulis puisi tak berapa betul lagi jangan anggap dah jadi orang sastera.

norsuzana said...

Sambung lagi, saya fikir awak boleh tarik diri pada saat akhir acara di Istana Budaya itu kalau tak mahu terlibat dalam konsert hiburan. Atau tak mahu berkongsi pentas dengan artis yang kononnya berdarjat rendah. Kenapa tak tarik diri sedangkan iklan acara itu dah sebut siapa artis-artis yang nak ambil bahagian. Tolonglah jangan hipokrit.

marjans said...

kenapa siti tak baca puisi sendiri, elok atau tidak kan itetap karya beliau

marjans said...

kalau baca puisi orang macam burung tiong saja baik tak payah

norsuzana said...

Siti sedar kelebihan dia dalam penyampaian. Mesej puisi yang dibaca sampai kepada orang. Baca puisi sendiri pun kalau tak sampai kepada orang nak buat apa? Utusan pun satu hal, nak panggil penyair tak pilih, pakai tangkap muat saja.

marjans said...

kalau ada rupa ada nama dan ada peminat pun buat apa kalau tak de karya peminat pun sama je main sedapa mata je

marjans said...

kalau lah aku baik tak payah naik pentas buat menyemak je

norsuzana said...

Kenapa awak tak ada nama? Tak cipta nama? Semua orang boleh mencipta nama. Awak jangan ingat maksud karya itu menulis saja, seni persembahan iaitu suara pun satu karya. Siti Nurhaliza naik setakah demi setakah sampailah sekarang. Awak kena tanya kenapa awak tak ada peminat dan jangan marah artis yang ada peminat baca puisi. Kalau awak kata artis baca puisi macam burung tiung, macamana pula orang baca Quran dan jadi johan sedangkan dia tak menulis Quran? Habis tu awak nak kata qari dan qariah tu burung tiung? Sebenarnya awak pun menyemakkan dunia sastera, kemudian mengaku pula orang sastera.

marjans said...

kalau peminat tapi tak kenal majlis tu buat apa

marjans said...

adakah kita perlu mengenali pada nama darpada mengenali pada karya