Tuesday, August 25, 2009




JIWA-JIWA MARHAIN





Kitakah insan berjiwa marhain
Kalau hidup ini tiada landasan
Berbicara tanpa beradab sopan
Mudah menjatuh maruah kawan

Dalam senyum kita ada sifat anaiya
Hakikatnya itulah kita sebenarnya
Dalam hdup kita perlukan kerakusan
Sifat kita inginkan hidup bermewahan

Biarkan orang kata kita kalap kuasa
Asalkan kita ada apa orang lain tiada
Bercakap biar gah sekeliling marga
Walaupun orang tahu kita cakap dusta

Seluk saku kanan gemerencing saku kiri
Walau berkepuk isi tapi masih mencari
Asalkan boleh sapu dia tak ambil peduli
Depan kawan-kawan sanggup menipu lagi

Rumah kata pergi-pergi kubur kata mari-mari
Orang berkias perli berulang dia tak mengerti
Sibodoh sombong lagak sajaknya seperti sufi
Megah dengan bodoh bengong dirinya sendiri

Jiwa-jiwa marhain kemanakah berterbangan
Rajukkah kepada manusia warga akhir zaman
Atau kau cemburui dengan terlebih kepandaian
Kerana hukum hidup tak perlu lagi garis panduan







Marjan S
POS MALAYSIA

Saturday, August 22, 2009

COGAN KATA PEMIMPIN

MERDEKA telah kita genggam dengan seribu azam

Menuntut demi mengusir segenap penjajah kejam

Tak rela kita berputih tulang selagi bermata hitam

Kerana bangsa kita tetap menyimpan seribu dendam

Sumpah terlahir dari jiwa bapa kemerdekaan silam

Selagi didalam perjuangan kami memiliki roh adam

Tercetus minda warisan inginkan pembangunan

Berlandasan cinta alam semesta anugerah tuhan

Tak sanggup melihat alam tiada lagi kehijauan

Membendung inflasi menaikkan taraf kehidupan

Membentuk ekonomi generasiku dimasa hadapan

Tak sanggup melihat bangsa diperkotak katikan

Bersatulah kita demi menjalinkan akrab Perpaduan

Tiga bangsa satu suara hidup tapu dalam keharmonian

Muafakat membawa berkat kita jadikan satu amalan

Demi kita mempertahankan adat budaya adab bersopan

Kitalah generasi warisan melengkapkan segala impian

Bakal menyuluh jalan kegelapan mengorak hala tujuan

Jadilah pemimpin pilihanraya berjiwa anak buah

Mengamalkan perinsip Bersih, Cekap dan Amanah

Sucikan maruah cekap melatah tak berpaling tadah

Asalkan berjuang jangan sekali kita mengaku kalah

Kita akur kepada telunjuk lurus kepada pemerintah

Walau pun bangsa kita kehidupannya tak tentu arah

Berwawasanlah kita sebagai warganegara merdeka

Selagi kita terdaya melintas lautan seberang nusantara

Biarkan bangsa miskin budaya asalkan kaya harta benda

Berpaksikan Langit Terbuka berkibarlah Jalur Merdeka

Berdaya saing tak mengira usia walau tersasar jalannya

Biar semua orang ketahui dimana tanahair kita Malaysia

Kalaulah kita inginkan bangsa mencapai kemajuan

Ujudkanlah kefahaman mudah maksud perkauman

Berlainan budaya menyahut falsafah satu peribahasaan

Sesucinya rohani perkauman kita Hadharikan insan

Menyatukan matlamat Wawasan mengerat pegangan

Dalam ertikata membudayakan dasar pucuk pimpinan

Kitalah bangsa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang

Selagi kita adalah bangsa berjiwa seorang pejuang

Walaupun generasi mengamalkan budaya songsang

perwakilan kita cumalah pandai bermain wayang

Sedangkan hakikatnya seorang kaki temberang

Biarkan mereka seperti anjing dan bayang-bayang

Kalau kita sebut inilah Negara bernama Malaysia

Sebenarnya itu bukanlah satu nama sebuah Negara

Kerana dasar perjuangan bangsa telah jauh berbeza

Tapi kalau kita inginkan satu Negara kini Merdeka

Haruslah kita menyebut dengan roh – Satu Malaysia

Maka sempurnalah kita sebagai seorang warganegara

Hari ini apakah kita telah miliki terhasil dari cogan kata

Terbelakah masa depan kita dengan sumpah janji mereka

Atau hanya sekadar penyedap kata sementara menanti tiada

Kitakah khalayak bangsa hidup dalam permainan silang kata

Menyelongkar dalam teka teki mengemis pada setiap karma

Daripada mulut-mulut mereka tak pernah berhenti dari dusta

Marjan S

POS MALAYSIA

Tuesday, August 11, 2009

Kalau Seorang Ibu Menangis
Untuk Anak Kesayangannya,
Kerana Apa…?



Sejak kebelakangan ini apa bila stesyen tv popular berbayar diberi kepercayaan sepenuhnya berjaya memainkan peranan mengangkat industri hiburan glamour ini terutamanya, dimana rata-rata program seumpama dalam industri tersebut ianya mendapat sambutan teramat menggalakkan daripada penonton terutama bagi penonton sedang kehausan aktiviti hiburan semasa, lebih parah lagi ianya membabitkan aliran wang tanpa faedah dalam bentuk undian SMS.
Melihat dari majorit penglibatan dalam rancangan seperti itu adalah orang kita yakni MELAYU, kenapa bdaya sedemikian terlalu mudah mempengaruhi minda orang kita malah amat ketara sekali ialah sikap ibu bapa dimana menyokong tanpa mengambil kira kesan pembabitan secara langsung anak-anak mereka dalam program tersebut malah ada segelintir ibu bapa menangis mengalahkan budak-budak apa bila keputusan juri tentang kegagalan anak mereka untuk terus maju keperingkat seterusnya.
Tetapi kenapa dikalangan ibu bapa hari ini tidak berminat untuk menggalakkan pembabitan anak-anak mereka dalam program berfaedah selain daripada hiburan. Kalau kita lihat dari sudut budaya dan moral, program hiburan sekarang tidak banyak memberi faedah malah kebanyakannya menjerumuskan kita kearah gejala sosial kurang sihat. Kalau kita melihat dunia hiburan pada awal lapan puluhan sebelumnya perbezaannya teramat jauh ketara dengan dunia hiburan hari ini dimana dimana kita lihat dunia hiburan hari ini tidak menjanjikan apa-apa selagi kita sebagai penonton menyalah ertikan tujuan seseorang itu mengapa dia harus menjadi penghibur terutamanya nyanyian dan lakonan. Hakikatnya sia-sia kalau kita menceburi bidang tersebut tanpa menghasilkan karya dalam bidang tersebut. Apa terlalu jelas hari ini dunia seni kita ketandusan pengkaryanya didalam bidang mereka ceburi walaupun artisnya bersepah tetapi tidak bermakna kalau kita tidak mempunyai hasil karya bermutu dari artis itu sendiri.

Sunday, August 9, 2009

MATA


Apa dipandang
Apa memandang
Apa terpandang
Itu milik orang
Cuma kita berpeluang
Tersenyum panjang
Sambil kita terbayang
Kalau berpeluang pegang

Sunday, August 2, 2009

artikal

Selepas 100 Hari

Pemerintahan PM baru

Apakah Keistemewaan

Diperolehi Rakyat

Selepas seratus hari pemeriintahan Negara diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia Keenam pengumuman demi pengumuman dibuat adakah ianya mampu memujuk serta memihak kepada segenap lapisan rakyat terutamanya golongan bawahan atau ianya sebagai satu sandiwara untuk terus membebankan rakyat terlepas pandang terhadap kepentingan pihak tertentu, terutama golongan peniaga.

Diantaranya pertukaran hak milik secara kekal dalam bentuk sewa beli kepada penyewa rumah pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, potongan bayaran tol sebanyak 20% kepada pengguna melebihi lapan puluh kali sebulan dan kepada pengguna melepasi jam 12.00 tengah malam sehingga jam 06.00 pagi segalanya untuk rakyat, tetapi sedarkah kita dimasa sama kerajaan telah menaikkan tambang pengangkutan awam tempatan sebanyak 30% setiap destenasi sehala sedangkan kadar tangga gaji pengguna terutamanya kakitangan swasta tidak bertambah selaras kenaikan kadar tersebut.

Baru-baru ini warga kerja Pos Malaysia Bhd beribu pejabat di Kuala Lumpur telah mendapat tunggakan dan kenaikkan gaji sebanyak 4% terhasil daripada tuntutan perjanjian dibuat oleh kesatuan pekerja Pos Malaysia UNION dalam bentuk (CA) dengan pihak pengurusan dibawah pantauan serta kelulusan oleh kerajaan sedangkan kos sara hidup terutamanya di pusat Bandar melambung tinggi apakah ianya satu pencapaian terbaik oleh keputusan kerajaan.

Sudah tujuh belas tahun Pos Malaysia diswastakan oleh kerajaan Cuma membezakan Pos Malaysia antara sewaktu zaman kerajaan dan swasta hanyalah Pucuk Pimpinan Syarikat, dasar pentadbiran syarikat dan pakaian seragam pekerja saja sering mendapat perubahan dari masa ke semasa dari segi gred dan tangga kenaikkan gaji lebih rendah daripada kakitangan kerajaan. Cuba kita kajikan semula seorang kakitangan Pos Malaysia Bhd menjawat jawatan sebagai Posmen telah berkhidmat lebih sepuluh tahun berkhidmat pendapatan kasar mereka hanya Rm 1400.00 sebulan termasuk dengan elaun telah diperuntukan oleh syarikat sedangkan kalau diambil kira dari faktor umur mereka berusia melebihi tiga puluh tahun , dari logik akal golongan ini telah berumah tangga serta mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya mereka mempunyai dua orang anak. Malah sebagai pekerja sudah pasti mereka mempunyai hutang dan potongan tetap oleh itu kita sebagai manusia diberikan akal pemikiran waras cukupkah untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur dengan pendapatan sebanyak itu, Persoalannya WAJARKAH KITA BERDIAM DIRI UNTUK KITA TIDAK TERUS MEMBERONTAK DALAM PEPERANGAN JIWA?