COGAN KATA PEMIMPIN
MERDEKA telah kita genggam dengan seribu azam
Menuntut demi mengusir segenap penjajah kejam
Tak rela kita berputih tulang selagi bermata hitam
Kerana bangsa kita tetap menyimpan seribu dendam
Sumpah terlahir dari jiwa bapa kemerdekaan silam
Selagi didalam perjuangan kami memiliki roh adam
Tercetus minda warisan inginkan pembangunan
Berlandasan cinta alam semesta anugerah tuhan
Tak sanggup melihat alam tiada lagi kehijauan
Membendung inflasi menaikkan taraf kehidupan
Membentuk ekonomi generasiku dimasa hadapan
Tak sanggup melihat bangsa diperkotak katikan
Bersatulah kita demi menjalinkan akrab Perpaduan
Tiga bangsa satu suara hidup tapu dalam keharmonian
Muafakat membawa berkat kita jadikan satu amalan
Demi kita mempertahankan adat budaya adab bersopan
Kitalah generasi warisan melengkapkan segala impian
Bakal menyuluh jalan kegelapan mengorak hala tujuan
Jadilah pemimpin pilihanraya berjiwa anak buah
Mengamalkan perinsip Bersih, Cekap dan Amanah
Sucikan maruah cekap melatah tak berpaling tadah
Asalkan berjuang jangan sekali kita mengaku kalah
Kita akur kepada telunjuk lurus kepada pemerintah
Walau pun bangsa kita kehidupannya tak tentu arah
Berwawasanlah kita sebagai warganegara merdeka
Selagi kita terdaya melintas lautan seberang nusantara
Biarkan bangsa miskin budaya asalkan kaya harta benda
Berpaksikan Langit Terbuka berkibarlah Jalur Merdeka
Berdaya saing tak mengira usia walau tersasar jalannya
Biar semua orang ketahui dimana tanahair kita
Kalaulah kita inginkan bangsa mencapai kemajuan
Ujudkanlah kefahaman mudah maksud perkauman
Berlainan budaya menyahut falsafah satu peribahasaan
Sesucinya rohani perkauman kita Hadharikan insan
Menyatukan matlamat Wawasan mengerat pegangan
Dalam ertikata membudayakan dasar pucuk pimpinan
Kitalah bangsa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Selagi kita adalah bangsa berjiwa seorang pejuang
Walaupun generasi mengamalkan budaya songsang
perwakilan kita cumalah pandai bermain wayang
Sedangkan hakikatnya seorang kaki temberang
Biarkan mereka seperti anjing dan bayang-bayang
Kalau kita sebut inilah Negara bernama
Sebenarnya itu bukanlah satu nama sebuah Negara
Kerana dasar perjuangan bangsa telah jauh berbeza
Tapi kalau kita inginkan satu Negara kini Merdeka
Haruslah kita menyebut dengan roh – Satu Malaysia
Maka sempurnalah kita sebagai seorang warganegara
Hari ini apakah kita telah miliki terhasil dari cogan kata
Terbelakah masa depan kita dengan sumpah janji mereka
Atau hanya sekadar penyedap kata sementara menanti tiada
Kitakah khalayak bangsa hidup dalam permainan silang kata
Menyelongkar dalam teka teki mengemis pada setiap karma
Daripada mulut-mulut mereka tak pernah berhenti dari dusta
Marjan S
POS
No comments:
Post a Comment