Sunday, August 2, 2009

artikal

Selepas 100 Hari

Pemerintahan PM baru

Apakah Keistemewaan

Diperolehi Rakyat

Selepas seratus hari pemeriintahan Negara diterajui oleh Dato Seri Najib Tun Abdul Razak selaku Perdana Menteri Malaysia Keenam pengumuman demi pengumuman dibuat adakah ianya mampu memujuk serta memihak kepada segenap lapisan rakyat terutamanya golongan bawahan atau ianya sebagai satu sandiwara untuk terus membebankan rakyat terlepas pandang terhadap kepentingan pihak tertentu, terutama golongan peniaga.

Diantaranya pertukaran hak milik secara kekal dalam bentuk sewa beli kepada penyewa rumah pangsa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, potongan bayaran tol sebanyak 20% kepada pengguna melebihi lapan puluh kali sebulan dan kepada pengguna melepasi jam 12.00 tengah malam sehingga jam 06.00 pagi segalanya untuk rakyat, tetapi sedarkah kita dimasa sama kerajaan telah menaikkan tambang pengangkutan awam tempatan sebanyak 30% setiap destenasi sehala sedangkan kadar tangga gaji pengguna terutamanya kakitangan swasta tidak bertambah selaras kenaikan kadar tersebut.

Baru-baru ini warga kerja Pos Malaysia Bhd beribu pejabat di Kuala Lumpur telah mendapat tunggakan dan kenaikkan gaji sebanyak 4% terhasil daripada tuntutan perjanjian dibuat oleh kesatuan pekerja Pos Malaysia UNION dalam bentuk (CA) dengan pihak pengurusan dibawah pantauan serta kelulusan oleh kerajaan sedangkan kos sara hidup terutamanya di pusat Bandar melambung tinggi apakah ianya satu pencapaian terbaik oleh keputusan kerajaan.

Sudah tujuh belas tahun Pos Malaysia diswastakan oleh kerajaan Cuma membezakan Pos Malaysia antara sewaktu zaman kerajaan dan swasta hanyalah Pucuk Pimpinan Syarikat, dasar pentadbiran syarikat dan pakaian seragam pekerja saja sering mendapat perubahan dari masa ke semasa dari segi gred dan tangga kenaikkan gaji lebih rendah daripada kakitangan kerajaan. Cuba kita kajikan semula seorang kakitangan Pos Malaysia Bhd menjawat jawatan sebagai Posmen telah berkhidmat lebih sepuluh tahun berkhidmat pendapatan kasar mereka hanya Rm 1400.00 sebulan termasuk dengan elaun telah diperuntukan oleh syarikat sedangkan kalau diambil kira dari faktor umur mereka berusia melebihi tiga puluh tahun , dari logik akal golongan ini telah berumah tangga serta mempunyai tanggungan sekurang-kurangnya mereka mempunyai dua orang anak. Malah sebagai pekerja sudah pasti mereka mempunyai hutang dan potongan tetap oleh itu kita sebagai manusia diberikan akal pemikiran waras cukupkah untuk menampung kos sara hidup di Kuala Lumpur dengan pendapatan sebanyak itu, Persoalannya WAJARKAH KITA BERDIAM DIRI UNTUK KITA TIDAK TERUS MEMBERONTAK DALAM PEPERANGAN JIWA?

4 comments:

norsuzana said...

Kalau nak ikut cukup belanja, memang tak pernah cukup. Tapi buruh DBKL yang gaji tak sampai RM1.000 boleh menyara lima anak di Kuala Lumpur. Contoh yang awak bagi 1,400 tak cukup, awak nak gaji berapa? Takkan hal gaji nak disamakan dengan 100 hari Perdana Menteri? Awak ni penyair apa sampai itu pun tak tau fikir?

marjans said...

apa yang awak cakap tu zaman che det sekarang ni dah zaman anak razak kakitangan awam lain dah dua hingga tiga kali upgrade gaji kai tangan swasta ape yang dapat buat kerja macam nak mampos suku sakat penyamun tarbus jugak yang kenyang mana tidaknya lubuk duit katakan

norsuzana said...

Saya ada dua hujah; pertama buruh DBKL belum capai gaji 1,400. Keduanya, awak jangan jadi idealis. Memanglah kalau gaji dibayar berdasarkan kerja berat, buruhlah yang kerja berat. Tapi bos-bos mereka yang dapat gaji besar. Tentu tak adil bukan? Tapi awak tunjuk kepada saya negara mana yang amalkan macam yang awak mahu, kerja berat gaji besar, kerja senang gaji murah.

marjans said...

kalau tukang tolak mayat kat hospital kerja tak sampi 2 tahun gaji boleh cecah kat 2 ribu sebulan takde orang heran pun tak pecaya tanya la orang jaga bilik mayat dkt HKL