Thursday, September 10, 2009
Tuesday, August 25, 2009
Kitakah insan berjiwa marhain
Kalau hidup ini tiada landasan
Berbicara tanpa beradab sopan
Mudah menjatuh maruah kawan
Dalam senyum kita ada sifat anaiya
Hakikatnya itulah kita sebenarnya
Dalam hdup kita perlukan kerakusan
Sifat kita inginkan hidup bermewahan
Biarkan orang kata kita kalap kuasa
Asalkan kita ada apa orang lain tiada
Bercakap biar gah sekeliling marga
Walaupun orang tahu kita cakap dusta
Seluk saku kanan gemerencing saku kiri
Walau berkepuk isi tapi masih mencari
Asalkan boleh sapu dia tak ambil peduli
Depan kawan-kawan sanggup menipu lagi
Rumah kata pergi-pergi kubur kata mari-mari
Orang berkias perli berulang dia tak mengerti
Sibodoh sombong lagak sajaknya seperti sufi
Megah dengan bodoh bengong dirinya sendiri
Jiwa-jiwa marhain kemanakah berterbangan
Rajukkah kepada manusia warga akhir zaman
Atau kau cemburui dengan terlebih kepandaian
Kerana hukum hidup tak perlu lagi garis panduan
Marjan S
POS MALAYSIA
Saturday, August 22, 2009
COGAN KATA PEMIMPIN
MERDEKA telah kita genggam dengan seribu azam
Menuntut demi mengusir segenap penjajah kejam
Tak rela kita berputih tulang selagi bermata hitam
Kerana bangsa kita tetap menyimpan seribu dendam
Sumpah terlahir dari jiwa bapa kemerdekaan silam
Selagi didalam perjuangan kami memiliki roh adam
Tercetus minda warisan inginkan pembangunan
Berlandasan cinta alam semesta anugerah tuhan
Tak sanggup melihat alam tiada lagi kehijauan
Membendung inflasi menaikkan taraf kehidupan
Membentuk ekonomi generasiku dimasa hadapan
Tak sanggup melihat bangsa diperkotak katikan
Bersatulah kita demi menjalinkan akrab Perpaduan
Tiga bangsa satu suara hidup tapu dalam keharmonian
Muafakat membawa berkat kita jadikan satu amalan
Demi kita mempertahankan adat budaya adab bersopan
Kitalah generasi warisan melengkapkan segala impian
Bakal menyuluh jalan kegelapan mengorak hala tujuan
Jadilah pemimpin pilihanraya berjiwa anak buah
Mengamalkan perinsip Bersih, Cekap dan Amanah
Sucikan maruah cekap melatah tak berpaling tadah
Asalkan berjuang jangan sekali kita mengaku kalah
Kita akur kepada telunjuk lurus kepada pemerintah
Walau pun bangsa kita kehidupannya tak tentu arah
Berwawasanlah kita sebagai warganegara merdeka
Selagi kita terdaya melintas lautan seberang nusantara
Biarkan bangsa miskin budaya asalkan kaya harta benda
Berpaksikan Langit Terbuka berkibarlah Jalur Merdeka
Berdaya saing tak mengira usia walau tersasar jalannya
Biar semua orang ketahui dimana tanahair kita
Kalaulah kita inginkan bangsa mencapai kemajuan
Ujudkanlah kefahaman mudah maksud perkauman
Berlainan budaya menyahut falsafah satu peribahasaan
Sesucinya rohani perkauman kita Hadharikan insan
Menyatukan matlamat Wawasan mengerat pegangan
Dalam ertikata membudayakan dasar pucuk pimpinan
Kitalah bangsa Cemerlang, Gemilang dan Terbilang
Selagi kita adalah bangsa berjiwa seorang pejuang
Walaupun generasi mengamalkan budaya songsang
perwakilan kita cumalah pandai bermain wayang
Sedangkan hakikatnya seorang kaki temberang
Biarkan mereka seperti anjing dan bayang-bayang
Kalau kita sebut inilah Negara bernama
Sebenarnya itu bukanlah satu nama sebuah Negara
Kerana dasar perjuangan bangsa telah jauh berbeza
Tapi kalau kita inginkan satu Negara kini Merdeka
Haruslah kita menyebut dengan roh – Satu Malaysia
Maka sempurnalah kita sebagai seorang warganegara
Hari ini apakah kita telah miliki terhasil dari cogan kata
Terbelakah masa depan kita dengan sumpah janji mereka
Atau hanya sekadar penyedap kata sementara menanti tiada
Kitakah khalayak bangsa hidup dalam permainan silang kata
Menyelongkar dalam teka teki mengemis pada setiap karma
Daripada mulut-mulut mereka tak pernah berhenti dari dusta
Marjan S
POS
Tuesday, August 11, 2009
Untuk Anak Kesayangannya,
Kerana Apa…?
Melihat dari majorit penglibatan dalam rancangan seperti itu adalah orang kita yakni MELAYU, kenapa bdaya sedemikian terlalu mudah mempengaruhi minda orang kita malah amat ketara sekali ialah sikap ibu bapa dimana menyokong tanpa mengambil kira kesan pembabitan secara langsung anak-anak mereka dalam program tersebut malah ada segelintir ibu bapa menangis mengalahkan budak-budak apa bila keputusan juri tentang kegagalan anak mereka untuk terus maju keperingkat seterusnya.
Tetapi kenapa dikalangan ibu bapa hari ini tidak berminat untuk menggalakkan pembabitan anak-anak mereka dalam program berfaedah selain daripada hiburan. Kalau kita lihat dari sudut budaya dan moral, program hiburan sekarang tidak banyak memberi faedah malah kebanyakannya menjerumuskan kita kearah gejala sosial kurang sihat. Kalau kita melihat dunia hiburan pada awal lapan puluhan sebelumnya perbezaannya teramat jauh ketara dengan dunia hiburan hari ini dimana dimana kita lihat dunia hiburan hari ini tidak menjanjikan apa-apa selagi kita sebagai penonton menyalah ertikan tujuan seseorang itu mengapa dia harus menjadi penghibur terutamanya nyanyian dan lakonan. Hakikatnya sia-sia kalau kita menceburi bidang tersebut tanpa menghasilkan karya dalam bidang tersebut. Apa terlalu jelas hari ini dunia seni kita ketandusan pengkaryanya didalam bidang mereka ceburi walaupun artisnya bersepah tetapi tidak bermakna kalau kita tidak mempunyai hasil karya bermutu dari artis itu sendiri.




